Followers

Carian dalam Blog ini

08 September 2009

Diari Konsep

Bab 3:

Konsep
Huraian

1. Tenaga:

Satu daya atau kemampuan untuk mengoperasikan kerja atau menghasilkan sesuatu. Tenaga terdapat dalam pelbagai bentuk seperti tenaga haba, tenaga kenetik, tenaga potensi, tenaga kimia, dan juga tenaga elektrik.

2. Tenaga Endogenik:

Tenaga dalaman yang berpunca dari perut bumi seperti tenaga graviti, radiogenik dan juga tenaga haba.

3. Tenaga Eksogenik:

Tenaga yang berpunca dari luar bumi iaitu dari matahari (hasil tindakbalas nukleus:- atom- atom hidrogen berpadu membentuk helium) yang diterima bumi dalam bentuk bahangan yang kemudiannya ditukar kepada tenaga haba.

4. Tenaga potensi:

Tenaga keupayaan yang dimilki dan disimpan dalam sesuatu jasad kerana kedudukan dan keadaannya. Contoh; air sungai – semakin banyak isupadu air sungai semakin besar tenaga potensinya.

5. Tenaga kinetik:

Terhasil akibat pergerakan sesuatu jasad. Bergantung kepada halaju pergerakan. Semakin laju pergerakan sesuatu jasad semakin tinggi tenaga kinetik yang terhasil.

6. Tenaga Graviti:

Tenaga yang dimiliki oleh bumi untuk menarik sesuatu jisim dari atas ke bawah. Ia bergantung kepada saiz jisim dan ketinggian jisim itu.

7. Tenaga Haba:

Tenaga kepanasan sesuatu jisim yang diukur dalm unit darjah celsius. Terbahagi dua iaitu:
Tenaga haba rasa iaitu tenaga haba yang terkena sesuatu permukaan sehingga permukaan tersebut menjadi panas.
Tenaga haba pendam iaitu tenaga yang terkandung dalam sesuatu jisim sehingga dibebaskan.

8. Sinaran suria:
Merujuk kepada bahangan matahari yang diterima bumi dalam bentuk gelombang pendek (0.48 mikron)

9. Sinaran bumi:
Dikenali sebagai bahangan teresterial yang dibebaskan ke atmosfera dalam bentuk gelombang panjang (10 mikron).

10. Afelion:
Kedudukan Bumi paling jauh dari Matahari 152 juta km.

11. Perihelion:
Kedudukan Bumi paling hampir dengan Matahari 147 juta km.

12. Hukum Boyle
Apabila suhu tinggi tekanan udara menjadi rendah. Angin akan bertiup dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah.

Sumber: Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Fizikal, STPM

No comments: